Selamat datang ke dunia Minecraft

Pengenalan

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan bangganya menganjurkan pertandingan UMK MINECRAFT EDU CHALLENGE 2026 bertemakan DREAM VILLAGE EDITION.

Sejak permulaan penganjuran pertandingan ini pada tahun 2021, pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penglibatan ramai pelajar. Untuk itu kami mengharapkan sambutan yang lebih ramai lagi pada tahun ini.

Pertandingan UMK MINECRAFT EDU CHALLENGE 2026 terbahagi kepada TIGA kategori, iaitu:
Kategori A: Pelajar Sekolah Rendah,
Kategori B: Pelajar Sekolah Menengah,
Kategori C: Pelajar IPTA/IPTS.

Kami percaya pertandingan ini adalah platform yang sangat unik bagi para pelajar untuk mempamerkan idea-idea kreatif dan inovatif dalam pembinaan bandar yang moden seraya mengaplikasikan pengetahuan tentang teknologi hijau agar lebih mesra dengan alam sekitar.

Kami yakin para pelajar akan menghasilkan projek yang menarik di Minecraft world dan sekaligus menyerlahkan kreativiti para pelajar di dalam dunia Minecraft.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua.

TARIKH PENTING

PENDAFTARAN DAN LATIHAN
1 - 18 November 2026

PERTANDINGAN PERINGKAT SARINGAN
1 - 15 Oktober 2026

PENJURIAN PERINGKAT SARINGAN
16 - 30 Oktober 2026

KEPUTUSAN PERINGKAT SARINGAN
1 November 2026

PERTANDINGAN AKHIR
18 November 2026 (Live streaming)

 

PENAJA

PAKEJ PLATINUM

 

 PAKEJ SILVER

 

 PAKEJ BRONZE